Friday, 24 May 2013

Sajak


  Faedah Mendirikan Solat.

 Solat......
 Perintah Allah yang difardukan
 Wajib ditunaikan tanda ketaatan
 Mendapat pahala sebagai ganjaran
 Menjadi bukti teguhnya iman.

 Solat.......
 Solat itu tiang agama
 Dapat membentuk akhlak mulia
 Sentiasa taat pada Yang Esa
 Kita terpelihara daripada dosa
 Keredhaan Allah pada hambaNya.

Tema Hari Guru


SELAMAT HARI GURU.

 "Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda"

Tema sambutan Hari Guru pada tahun 2013 ialah "Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda".  
           
1 Aspirasi bermaksud menterjemahkan cita-cita murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan:

Kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, 
Kesaksamaan untuk semua pelajar tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi, 
Memupuk perpaduan dan memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. 

 1 Agenda pula membawa maksud semua guru perlu berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM dan perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan, yang mempunyai satu agenda atau tugas utama dalam melahirkan pelajar yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Soalan kuiz

Jawab soalan di bawah ini:

1.Apakah hukum mendirikan solat fardu ?
   a) sunat.                   b) wajib.
   c) harus.                   d) makruh.

2. Berapakah bilangan rakaat bagi solat maghrib ?
  a) 2 rakaat.                b) 3 rakaat.
  c) 4 rakaat                 d) 5 rakaat

3. Bilakah waktu yang menunjukkan masuk waktu subuh
  a) waktu gelincir matahari.
  b) waktu terbit fajar sodiq.
  c) waktu terbenam matahari

4. Mengapakah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat fardu ?
  a) untuk menjadi pandai
  b) untuk mendapat pahala
  c) untuk menjadi kaya




Saturday, 6 April 2013

RPH






Tarikh   :  15.10.2012                                                                Masa : 2.10-3.10 petang ( 60 minit )
Hari      :  Isnin                                                                           Bilangan Pelajar : 30 orang
Mata Pelajaran  : Pendidikan Islam
Tajuk                 : Perlakuan Dalam Solat
Standard Kandungan   : 3.3 Memahami dan mengamalkan perlakuan dalam solat.
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Menyatakan perlakuan dalam solat .
                                        3.3.2 Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul mengikut urutan.
Objektif             :  Murid dapat  :
1.      Menyatakan perlakuan dalam solat dengan betul.
2.      Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul.

Aktiviti            :  1. Memberi penerangan.
                            2. Bersoaljawab
                           3 .Perbincangan
                            3.Tunjuk cara ( amali )
 Pengetahuan Sedia Ada  : Murid telah mempelajari takbiratul ihram dan niat solat.
Bahan               :  Carta, power point, benda maujud ( telekung, songkok dan sejadah)., lembaran kerja.
Nilai                 : Taat perintah Allah, bersungguh-sungguh,bekerjasama dan baik hati.
Kemahiran       : Mempelajari dan memahami perlakuan dalam solat.








Langkah/ masa

Isi Pelajaran
 Aktiviti Pengajaran dan

Aktiviti Guru
Pembelajaran
                                     
  Aktiviti Murid          
Catatan



Pendahuluan
( 2 minit










1.Membaca doa
   belajar.

2.Membaca dua
    kalimah
    syahadah

.

1.Guru menyuruh murid menadah tangan untuk membaca doa.

2.Guru menyuruh murid mengikut  membaca dua kalimah syahadah.





1.Murid menadah tangan untuk membaca doa.

2.Murid mengikut guru membaca dua kalimah syahadah.



Nilai  :
Ada


Set Induksi
( 3 minit )









. 1.Bersoaljawab:
 -  tentang benda-benda yang dibawa oleh guru.

.
1.Guru menunjukkan kepada murid benda-benda maujud ( telekung,songkok ,sejadah )

2.Guru bersoaljawab dengan murid dan mengaitkan dengan pelajaran yang akan diajar.





1.Murid memberi
jawapan soalan yang diajukan oleh guru


Benda maujud

Langkah 1
 ( 10 minit )




















1.Gambar perlakuan solat :
a. Berdiri
b.Takbiratul ihram
c. Rukuk
d. Iktidal
e. Sujud





1.Guru menayangkan gambar perlakuan solat dalam power point.

2.Guru   memberi penerangan.

1.Murid melihat tayangan .

2.Murid mendengar penerangan guru.

Power point

Langkah 2
 ( 15 minit )









f. Duduk antara   
   dua sujud
g. Duduk Tahiyyat
   awal.
h. Duduk Tahiyyat
    Akhir
i.Salam.



1.Guru menerangkan
  cara duduk antara dua
  sujud,duduk tahiyyat
  awal , duduk tahiyyat
  akhir dan salam.



1.Murid mendengar penerangan guru.





Power point

Langkah 3
( 15 minit )



-Cara solat
   Lelaki.

1.Guru menayangkan cara
   solat bagi lelaki.

1.Murid melihat tayangan cara solat
bagi lelaki.

Gambar





-Cara solat
 Perempuan.

1.Guru menayangkan cara
  solat bagi perempuan.

1.Murid melihat cara solat bagi perempuan.



Penutup
(15 minit)









Lembaran kerja:

Arahan :
1.Padankan perlakuan solat dengan kedudukan yang betul.

2.Tandakan betul atau salah pada pernyataan yang diberikan.



1.Guru mengedarkan lembaran kerja.

2.Guru membincangkan jawapan dengan murid.

3.Guru menegaskan supaya murid melakukan solat dengan perlakuan yang betul dan sempurna.

1.Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.

2.Murid menyebutkan jawapan masing-masing.

3.Murid akan melakukan solat dengan sempurna.

Lembaran kerja.

Refleksi   : ______________________________________________________________________