Monday, 27 May 2013
Friday, 24 May 2013
Sajak
Faedah Mendirikan Solat.
Solat......
Perintah Allah yang difardukan
Wajib ditunaikan tanda ketaatan
Mendapat pahala sebagai ganjaran
Menjadi bukti teguhnya iman.
Solat.......
Solat itu tiang agama
Dapat membentuk akhlak mulia
Sentiasa taat pada Yang Esa
Kita terpelihara daripada dosa
Keredhaan Allah pada hambaNya.
Tema Hari Guru
SELAMAT HARI GURU.
"Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda"
Tema sambutan Hari Guru
pada tahun 2013 ialah "Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1
Agenda".
1 Aspirasi bermaksud menterjemahkan cita-cita murni Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ke arah sistem pendidikan negara yang
memastikan akses kepada kejayaan:
Kualiti pendidikan
bertaraf antarabangsa,
Kesaksamaan untuk semua
pelajar tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang
sosioekonomi,
Memupuk perpaduan dan
memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.
Soalan kuiz
Jawab soalan di bawah ini:
1.Apakah hukum mendirikan solat fardu ?
a) sunat. b) wajib.
c) harus. d) makruh.
2. Berapakah bilangan rakaat bagi solat maghrib ?
a) 2 rakaat. b) 3 rakaat.
c) 4 rakaat d) 5 rakaat
3. Bilakah waktu yang menunjukkan masuk waktu subuh
a) waktu gelincir matahari.
b) waktu terbit fajar sodiq.
c) waktu terbenam matahari
4. Mengapakah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat fardu ?
a) untuk menjadi pandai
b) untuk mendapat pahala
c) untuk menjadi kaya
1.Apakah hukum mendirikan solat fardu ?
a) sunat. b) wajib.
c) harus. d) makruh.
2. Berapakah bilangan rakaat bagi solat maghrib ?
a) 2 rakaat. b) 3 rakaat.
c) 4 rakaat d) 5 rakaat
3. Bilakah waktu yang menunjukkan masuk waktu subuh
a) waktu gelincir matahari.
b) waktu terbit fajar sodiq.
c) waktu terbenam matahari
4. Mengapakah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat fardu ?
a) untuk menjadi pandai
b) untuk mendapat pahala
c) untuk menjadi kaya
Subscribe to:
Posts (Atom)