Friday, 24 May 2013

Sajak


  Faedah Mendirikan Solat.

 Solat......
 Perintah Allah yang difardukan
 Wajib ditunaikan tanda ketaatan
 Mendapat pahala sebagai ganjaran
 Menjadi bukti teguhnya iman.

 Solat.......
 Solat itu tiang agama
 Dapat membentuk akhlak mulia
 Sentiasa taat pada Yang Esa
 Kita terpelihara daripada dosa
 Keredhaan Allah pada hambaNya.

Tema Hari Guru


SELAMAT HARI GURU.

 "Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda"

Tema sambutan Hari Guru pada tahun 2013 ialah "Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda".  
           
1 Aspirasi bermaksud menterjemahkan cita-cita murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan:

Kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, 
Kesaksamaan untuk semua pelajar tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi, 
Memupuk perpaduan dan memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. 

 1 Agenda pula membawa maksud semua guru perlu berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM dan perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan, yang mempunyai satu agenda atau tugas utama dalam melahirkan pelajar yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.